Profil Sekolah
PENGETUA : PN ARSUN BINTI JASIN
PN HJH ROSLINA BT HASIM
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
EN ZAMRI BIN ABU MAT
PENOLONG KANAN HEM
PN HASNAH BT IBRAHIM
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
VISI SEKOLAH
Memberi pendidikan kepada murid untuk melahirkan warganegara yang berkualiti berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Berusaha Mempertingkatkan Prestasi Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum Dengan Penuh Komitmen Dan Dedikasi
- Melaksanakan Tugas Secara Sistematik, Menepati Masa, Menghasilkan Output Yang Berkualiti.
- Membudayakan Sahsiah Terpuji Bagi Mewujudkan Sebuah Sekolah Berwatak
- Sentiasa Bekerja Sebagai Satu Pasukan
- Mengamalkan Prinsip Kasih Dan Hormat Menghormati Antara Satu Sama Lain
- Mengamalkan Sikap Positif Terhadap Sebarang Perubahan Dan Perkembangan Semasa Dengan Penuh Perasaan Tanggungjawab Dan Dedikasi
- Mengharumkan Dan Meningkatkan Imej SMKKS
Sekolah menengah Kebangsaan Kampong Selamat dinamakan sempena lokasinya di kawasan Kampong Selamat. Kerja kerja pembinaan bermula sejak tahun 2000 dan Sekolah ini mula beroperasi pada Januari 2003. Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk menampung dan menyediakan prasarana pendidikan kepada penduduk setempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
Dari
segi kemudahan prasarana, sebanyak empat blok telah dibina yang mana
masing-masing terdiri daripada empat tingkat. Sehingga hari ini sekolah
ini telah membuka sebanyak 29 kelas bagi menampung keperluan pelajar.
Sekolah juga dilengkapi dengan kemudahan asrama bagi pelajar yang
tinggal berjauhan.
SMKKS Sentiasa Cemerlang
Bangunnya serentak pembangunan Negara
Majulah pelajar harapan ibunda
Kami anak bangsa yang berjaya
Itulah kejayaan mulia
Sentiasa Cemerlang
Itulah prinsip kemegahan kami
Guru, ibu bapa kami hormati
Sentiasa berikrar selalu berjanji
Menjadi pewaris yang terpuji
Ilmu untuk berdikari
Sedarlah pelajar masa kini
Kamilah bakal penyambung warisan
Semoga berjaya dan berjaya
Kamilah bakal penyambung warisan
Semoga Sentiasa Cemerlang
WARNA BIRU
Melambangkan warna harmoni, perpaduan antara kaum
LOGO BULAN DAN BINTANG
Melambangkan simbol kedaulatan negara, matlamat setiap warga SMKKS ke arah wawasan dan inspirasi negara
SIMBOL 3 PANAH
Menggambarkan tiga kaum berbeza yang berasal dari tiga budaya berlainan tetapi mempunyai visi dan matlamat yang sama.Semangat keberanian yang ada pada setiap individu ke arah mencapai kecemerlangan
BENTUK SUKU BULATAN BIRU
Simbol dunia, ilmu yang dituntut bertaraf dunia
WARNA PUTIH
Lambang kesucian dan keikhlasan setiap guru dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajarnyaKOMPUTER
Lambang sumber ilmu terkini
2003
Tahun penubuhan sekolah
1 comments :
Vint Ceramic Art | TITNIA & TECHNOLOGY
Explore an all new “Vint titanium flat iron Ceramic Art” project on TITNIA febcasino.com & TECHNOLOGY. Our team kadangpintar of sculptors and artists poormansguidetocasinogambling.com have created new worrione and
Post a Comment